//Islam is Perfect, but I'm Not\\

أهلا وسهلا




Assalamulaikum and Welcome Stalker(s). Keep reading my blog as long as it give you a lots of good information :)

Illam yakun wifaaqun fafiraaqun :)



أغنية



Credits


This skin is made by : Mrs. AF
Some helped from :
Ayesha
Some coding from :
Syarah
Using basecode :
SyaSyakimsyasya

All rights reserved ® Ismi Intan 2013 - 2012


Jum tolak Syiah :)


Saturday, February 2, 2013 3:23 PM 0 Atashinci(s)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita sering kali dengar 'Syiah'. Tapi tahukah anda , apa itu syiah ? Adakah sesuatu yg membawa penyelesaian ataupun kesesatan ? Oleh itu, pendedahan awal kpd generasi seperti kita harus dititik beratkan :) Tak silap saya, pelajar form 5 yg mengambil subjek Pendidikan Islam, akan diterangkan dgn lebih lanjut tentang Ahli Sunnah Wal'Jamaah. Dan disitu kita akan belajar tentang agama sesat.

Makna Syiah;
Syiah ialah satu mazhab yg mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Muhammad yg sah dan lebih daripada para sahabat yang lain.

Golongan Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifahal-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Apa yg saya dgr semasa ceramah. Golongan Syiah ni memberi pendapat bahawa Jibrail tidak amanah kerana menurunkan wahyu kepada Rasulullah saw. Astaghfirullah. Sesungguhnya, ini benar benar dalam kesesatan yg nyata. Okay, sekarang jum kita mengetahui pegangan Syiah.


  • PERTAMA - Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut mereka, para imam Syiah bebas daripada kesalahan, (ghaflah) lalai dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian
Sesungguhnya, tiada insan yg lebih mulia selain Rasulullah saw.

  • KEDUA - Syiah percaya bahawa al-Quran yg wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah juga mendakwa memiliki al-Quran yg disebut sebagai "Mashaf Fatimah" dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yg kita miliki.
Sepertimana yg kita tahu, terdapat dua sahaja wasiat yg Rasulullah tinggalkan kpd kita . Iaitu Al-Quran dan Sunnah. Jika kita berpegang pada al-Quran dan jadikan ia sebagai panduan. InsyaAllah terhindar drpd kesesatan ini.


  • KETIGA - Penganut fahaman Syiah mengamalkan 'taqiyyah' atau berpura-pura. Ianya bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada kepercayaan. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah membawa batu atau tanah Karbala dan sujud di atasnya ketika solat di masjid penganut Syiah dan mereka menyembunyikan batu tersebut ketika solat di masjid-masjid bukan penganut Syiah.
Syiah ni pun sebenarnya mereka mempunyai semangat yg berkobar-kobar nak tentang Amerika kononnya. Tapi sampai sekarang mereka tak serang pun Amerika. Jet ada satu je baru. Mereka ni bersifat iya iya, tapi payah nak laksanakan.

Sebenarnya ada banyak lagi pegangan Syiah ni. Tapi banyak nak terangkan secara penulisan. Bukan sekadar Syiah je sekarang sebenarnya , yg setakat ni dibongkarkan agama yg menyelewang di kalangan masayarkat Islam antaranya seperti Wahhabi dan Hizbut Tahrir. Astaghfirullah, mmg sekarang, banyak agama sesat. Walaupun Syiah ni sebenarnya dah lama ada, tapi sekarang baru menaik nama nya.

Benar kata Rasulullah saw, selepas kewafatan baginda, mmg umatnya akan berpecah kepada 73 golongan, dan kesemua 73 golongan ni akan ke neraka melainkan satu golongan sahaja yg akan ke syurga, golongan yg berpegang kepada Ahli Sunnah Wal'Jamaah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan terpecah kedalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, yaitu Al-Jamaa’ah.” HR. Sunan Ibnu Majah.
Mari kita sama sama pasakkan akidah kita. Kuatkan Iman kita dan teguhkan pendirian kita di dalam Islam. Apa yg dirisaukan, bagaimana situasi umat Islam pada 10 tahun akan datang. Generasinya adalah kita, kita yg akan mudah terjebak dalam perkara sebegini. Sesungguhnya, dunia ini semakin menghampiri kiamat. Syukran...