//Islam is Perfect, but I'm Not\\

أهلا وسهلا




Assalamulaikum and Welcome Stalker(s). Keep reading my blog as long as it give you a lots of good information :)

Illam yakun wifaaqun fafiraaqun :)



أغنية



Credits


This skin is made by : Mrs. AF
Some helped from :
Ayesha
Some coding from :
Syarah
Using basecode :
SyaSyakimsyasya

All rights reserved ® Ismi Intan 2013 - 2012


Sederhana Dalam Membenci


Thursday, January 31, 2013 10:27 PM 0 Atashinci(s)

بسم الله الرحمن الرحيم

Membela orang yang dicintai adalah suatu tindakan yang mulia. Namun, membela musuh yg sedang dizalimi adalah jauh lebih mulia. Sikap ini merupakan cerminan hati yang mampu menundukkan nafsunya kepada hukum Allah swt.

Etika Bermusuhan

Setiap orang berada di antara dua golongan manusia;

  • kekasih yang mencintainya
  • dan musuh yang membencinya
Hati kita terasa dekat kepada yang pertama dan terasa jauh daripada yang kedua. Namun, tahukah kita, apakah garis panduan cinta dan benci yang mesti kita turuti sebagai seorang Muslim ?

Sesungguhnya, Islam bukan hanya mengajar etika berkawan, namun juga etika berlawan. Prinsip terpenting yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan' (moderat)

" Islam melarang kita melampaui dalam mencinta dan membenci sehingga membutakan mata kita melihat kebenaran "
Firman Allah swt;

" Wahai orag-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. "
(Surah al-Ma'idah 5;8) 
Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata;

" Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu iaakan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti" - Diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf