//Islam is Perfect, but I'm Not\\

أهلا وسهلا




Assalamulaikum and Welcome Stalker(s). Keep reading my blog as long as it give you a lots of good information :)

Illam yakun wifaaqun fafiraaqun :)



أغنية



Credits


This skin is made by : Mrs. AF
Some helped from :
Ayesha
Some coding from :
Syarah
Using basecode :
SyaSyakimsyasya

All rights reserved ® Ismi Intan 2013 - 2012


Celaan Membakar Semangat


Wednesday, January 30, 2013 4:04 PM 0 Atashinci(s)

بسم الله الرحمن الرحيم


Menata Hati Menghadapi Celaan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada celaan dan cemuhan orang lain. Siapa pun kita, di mana pun kita berada, orang sentiasa mencela bahkan mencemuh diri kita. Malah, Allah dan Rasul juga tidak terlepas daripa lidah keji manusia. Seorang penyair Arab berkata;

' Manusia menuduh Allah mempunyai anak, mereka juga berkata Rasul seorang tukang sihir. Tidak selamat Allah dan Rasul-Nya daripada lidah manusia. Apatah lagi saya ? '
 Kita mesti pandai memanfaatkan tenaga positif yg terdapat di dalam celaan untuk membakar semangat menuju kejayaan. Setiap kali menerima celaan, pandanglah ia sebagai ubat, semakin pahit rasanya, semakin baiklah untuk kesihatan diri kita :)

Biar saya cerita kan kisah Abu Jaafar ath-Thahawi iaitu seorang pemuda biasa pengikut mazhab Syafi'i. Beliau mempelajari mazhab ini daripada pakcik nya yg bernama Abu Ibrahim al-Muzani. Suatu hari, Abu Jaafar melakukan kesilapan dalam membaca kitab fiqah di hadapan pakciknya ini. Lalu, Al-Muzani mencela dan memakinya berkata ; "Demi Allah, engkau tidak akan berjaya dalam pelajaran!". Sejurus Abu Jaafar mendengar celaan ini, beliau menjadi sangat marah. Beberapa tahun kemudian, ath-Thahawi tampil sebagai ulama' terkemuka sekali gus pembela mazhab Hanafi terbesar sehingga hari ini. Semasa kejayaan ini, pakciknya iaitu Al-Muzani telah lama wafat. Abu Jaafar berkata :

"Semoga Allah merahmati Abu Ibrahim al-Muzani. Jika beliau masih hidup pada saat ini, beliau perlu membayar kafarah untuk menebus sumpahnya"

Kisah ini memberi kita pengajaran, bahawa celaan boleh dijadikan satu benda untuk menemui kejayaan daripada pujian yg boleh membuatkan diri kita seorang pelupa.

Semasa keadaan emosi ini , iaitu apabila diri dilempar tomahan, kita dihadapkan dua pilihan.


  • Pilihan pertama - merubah kemarahan itu menjadi dendam lalu menyimpannya di dalam hati dan menunggu saat yg tepat untuk diaktualkan. Perkara sebegini bukan sahaja merosakkan orang lain, bahkan diri sendiri juga. Sikap ini menjadi pilihan bagi orang yg berjiwa kotor dan hina. Celaan dan makian ia dengar bukan sahaja merosakkan hatinya, malah, masa depannya juga.
  • Pilihan kedua - menyimpan kemarahan itu di dalam hati lalu merubahnya menjadi pembakar api semangat untuk memperbaiki diri. Celaan memang menyakitkan, namun ia menyedarkan kita kepada kekurangan diri. Sikap ini menjadi pilihan orang yg berhati bersih dan berjiwa luas. celaan mendorong orang seperti ini menjadi insan yg lebih baik dan sempurna.


Oleh itu, marilah sama sama kita mengambil kata kata negatif itu menjadi positif untuk kebaikan diri. Mmg saya akui, perasaan amarah pasti akan timbul sebagaimana Imam Syafi'i berkata;

' Sesiapa yg digesa untuk marah, namun dia tidak marah, maka ia keldai '

Namun begitu, wujudkan sifat sabar. InshaAllah diringi keberkatan oleh Allah yg Maha Esa :)

سومبر
Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia 
(halaman 9)


شكرا جزيلا